Oktober semakin hampir ke penghujung dan Google telah berkongsi angka terbaru penggunaan versi-versi Android pada peranti pintar di seluruh dunia. Penggunaan Android Oreo terus meningkat dan kini mencecah 21.5% berbanding 19.2% bulan lalu. Ini meletakkannya sebagai sistem operasi dengan peratusan kedua tertinggi di belakang Nougat (28.2%).
Agak mengejutkan penggunaan Android Pie masih lagi di bawah 0.1%, walaupun setelah dua bulan dilancarkan. Android Marshmallow di tempat ketiga dengan 21.3% diikuti oleh Lollipop dengan 17.9%. Tiadanya Pie di dalam carta selepas dua bulan dilancarkan adalah agak merisaukan. iOS 12 keluaran Apple sudah digunakan lebih 50% peranti dalam masa hanya sebulan.