Cari @ Amanz

Awal bulan Huawei Nova 3 menerima kemaskini AIS Super Night Shooting yang membolehkan gambar yang terang diambil pada waktu malam. Ini dilakukan dengan melakukan dedahan selama beberapa saat dan gambar komposit dihasilkan. Bagi pengguna Huawei Nova 3i, mod ni akhirnya akan disokong menerusi kemaskini yang boleh dimuat turun hari ini.

Ini menjadikan Nova 3i peranti ketiga dengan pemproses Kirin 710 selepas Honor 8X dan Mate 20 Lite yang menyokong mod ini. Pada awalnya fungsi ini hanya disertakan pada peranti mercu P20 Pro. Tetapi Huawei tidak mempunyai masalah memberikan fungsi ini pada peranti kelas pertengahan mereka selepas beberapa bulan di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd