Pengecas Pantas 18W Disertakan Dengan Setiap Pembelian iPad Pro Baharu

Pengecas Pantas 18W Disertakan Dengan Setiap Pembelian iPad Pro Baharu

Diterbitkan pada Okt 31, 2018 oleh .

Jika anda membaca ulasan Apple iPhone XS Max yang kami terbitkan minggu lalu, antara rungutan utama kami ialah ia mengecas dengan perlahan. Ini adalah kerana Apple tidak menyertakan pengecas pantas dengan setiap pembelian. Untuk menikmati pengecasan pantas pengguna perlu membelinya secara berasingan pada harga RM188 sebuah.

Bagi pengguna iPad Pro 12.9″ dan iPad Pro 11″ yang baru sahaja diumumkan hari ini, mereka tidak perlu risau kerana ia disertakan dengan setiap pembelian. Pengecas dengan output kuasa 18W ini mempunyai sambungan USB-C. Dari gambar yang diberikan, ia adalah pengecas tiga pin dengan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan pengecas 30W yang dijual oleh Apple.

Sedikit aneh pengecas ini tidak dijual secara berasingan oleh Apple di laman rasmi mereka bagi pengguna iPhone XS dan X yang ingin membelinya. Ia juga menimbulkan persoalan mengapa ia tidak disertakan dengan pembelian iPhone XS, XS Max dan XR.


TIPS & ULASAN