Beberapa hari yang lalu peratusan penggunaan versi-versi Android diumumkan oleh Google dan Pie masih di bawah paras 0.1%. Ini adalah amat menyedihkan bagi sistem operasi yang sudah dilancarkan 87 hari yang lalu. Bagaimana pula peratusan penggunaan iOS 12 pada peranti keluaran Apple?
Menurut angka terkini, sebanyak 60% peranti kini menggunakan iOS 12 dengan 29% masih menggunakan iOS 11 dan 11% menggunakan versi lebih lama. Sebanyak 63% peratus peranti yang dilancarkan sejak empat tahun yang lalu telah menggunakan iOS 12. Angka yang dicatatkan ini amat membanggakan kerana iOS baru dilancarkan 45 hari yang lalu. Apakah versi iOS yang anda gunakan pada peranti Apple anda pada waktu ini?