Cari @ Amanz

KFC Malaysia nampaknya kini telah mula memberikan perhatian kepada arena digital dengan lebih serius. Selain mengumumkan kerjasama dengan pihak Maybank untuk penerimaan QR Pay di restoran KFC, kini restoran popular berkenaan juga telah mula menawarkan aplikasi mudah-alih di Android dan iOS.

Menggunakan aplikasi KFC khusus pada peranti mudah-alih ini, pengguna boleh menyemak pelbagai tawaran semasa, selain turut melakukan tempahan makanan untuk dihantar ke alamat anda. Seperti biasa, ciri tempahan makanan ini terhad mengikut lokasi semasa anda.

KFC Malaysia

KFC juga mengatakan mereka akan menawarkan sejumlah tawaran khas untuk pengguna aplikasi mereka. Sebagai pengenalan, bagi anda yang memuat-turun aplikasi Android dan iOS, boleh menebus Cheezy Wedges secara percuma untuk tempahan makanan melalui aplikasi berkenaan. Aplikasi ini membolehkan pengguna memilih mod pembayaran sama ada tunai atau menggunakan kad kredit.

Bagi anda yang sering membuat tempahan makanan daripada KFC, mungkin ini aplikasi yang sesuai untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd