Cari @ Amanz

Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik yang dimiliki Apple. Ia mampu mengecam muzik yang sedang dimainkan dan memberi maklumat mengenai penyanyi, lagu dan lain-lain. Kini, Shazam dan Instagram bekerjasama untuk fungsi IG Stories baharu.

Fungsi ini membenarkan pengguna kongsi muzik yang berjaya dikesan terus ke IG Stories. Kemudian, mereka yang melihat IG Stories ini boleh tekan dan aplikasi Shazam akan terus terbuka memaparkan muzik yang dikongsikan melalui IG Stories tadi.

Fungsi ini akan hadir secara berperingkat buat pengguna iOS terlebih dahulu dan pengguna Android pula perlu menunggu sedikit lama. Tiada tarikh bila pengguna Android akan dapat menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd