Sewaktu pembentangan Belanjawan 2019 hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bahawa perkhidmatan atas-talian dari luar negara, seperti Netflix, Spotify, Steam dan sebagainya akan dikenakan cukai perkhidmatan bermula 1 Januari 2020 kelak,
Penyelia perkhidmatan asing tersebut akan diminta berdaftar dengan Jabatan Kastam tidak lama lagi. Buat masa ini, nilai cukai perkhidmatan yang akan dikenakan masih tidak diumumkan, dan berkemungkinan besar masih berada di dalam fasa perbincangan.
Ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Pakatan Harapan telahpun mempertimbangkan memperkenalkan cukai ini untuk perkhidmatan-perkhidmatan tersebut beberapa minggu lalu.
Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.
— Ministry of Finance (@MOFmalaysia) November 2, 2018