Cari @ Amanz

Rekaan peranti dengan skrin boleh lipat pertama Samsung diperlihatkan minggu lalu. Dalam mod tablet ia mempunyai skrin Infinity Flex sebesar  7.4″ dan mengecil ke skrin sekunder sebesar 4.6″ apabila dilipat. Ini ialah percaturan Samsung untuk terus berinovasi di dalam pasaran telefon pintar yang kini semakin sengit.

Menurut laporan Yonhap News, peranti skrin boleh lipat ini akan menggunakan nama Samsung Galaxy F dengan harga jualan bermula dari 2 Juta Won (~RM 7357 ). Mereka turut melaporkan jualan akan bermula pada bulan Mac selepas Galaxy S10 dilancarkan. Presiden Samsung Electronics turut dipetik mengatakan sebanyak 1 juta peranti Galaxy F ini akan dihasilkan pada peringkat awal. Kebenaran laporan ini hanya akan diketahui apabila peranti dilancarkan tahun hadapan. Adakah pembaca Amanz teruja dengan inovasi ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd