Cari @ Amanz

Samsung sedia memperkenalkan peranti dibawah keluarga siri Galaxy S sekitar bulan Februari setiap tahun, dan kini laporan baru hadir selari dengannya. Ia kini dikatakan Samsung menyasarkan untuk memperkenalkan telefon pintar Galaxy S10 mereka sekitar Februari 2019 kelak.

Menurut desas-desus sebelum ini, sebanyak tiga variasi Galaxy S10 dijangka diperkenalkan, termasuk versi asas, versi biasa, dan juga dengan skrin sedikit besar. Galaxy S10 dijangka membawakan rekaan yang serba baru – selepas dua tahun Samsung menggunakan rekaan lebih kurang sama pada Galaxy S8 dan juga Galaxy S9. Ia dijangka hadir dengan bilangan lensa kamera belakang lebih tinggi – selain desas-desus mengatakan ia mungkin hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin.

Selain versi dengan rangkaian biasa yang dijangka dipasarkan secara meluas di seluruh dunia, Samsung juga dijangka hadir dengan versi 5G sekitar sebulan selepasnya, selari dengan pelancaran telefon boleh-lipat mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dan melihat sendiri apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Samsung melalui telefon pintar ulang-tahun ke-10 mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd