Samsung Galaxy Note 9 adalah phablet terkini Samsung. Ia hadir dengan S-Pen yang turut berfungsi sebagai alat kawalan, sokongan storan sehingga 1TB melalui kad mikroSD, dwi-kamera dengan lensa yang bukaannya boleh laras dan juga bateri sebesar 4000mAh.
Sewaktu pelancaran di Malaysia, hanya warna Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue sahaja yang boleh dibeli. Kini, warna Lavender Purple yang terkenal pada Samsung Galaxy S9 – kini hadir buat Galaxy Note 9. Menarik sekali, Samsung turut memberikan kad mikroSD 512GB secara percuma dengan setiap pembelian Galaxy Note 9 variasi 512GB. Secara langsung ia akan menjadi peranti dengan storan 1TB.
Tawaran ini hanya boleh didapatkan sehingga 30 November, jadi bagi mereka yang gemari warna ini – kini ia mudah untuk didapatkan di Malaysia. Samsung menjual set ini pada harga RM4,599 sahaja.