Fairphone 2 Dikemaskini Android Nougat – Satu-Satunya Peranti Snapdragon 801 Yang Menerima Kemaskini Android Nougat
Fahim Zahar
Fairphone adalah peranti yang dibina dari bahan mentah daripada negara yang menghormati hak asasi manusia. Ia mula dilancarkan pada tahun 2013. Tiga tahun kemudian, Fairphone 2 dilancarkan dengan janaan cip Snapdragon 801, memori 2GB RAM, storan 32GB, kamera 8 megapixel serta bateri sebesar 2420mAh. Hari ini, Fairphone mengumumkan kemaskini Android Nougat buat peranti ini. Secara langsung menjadi satu-satunya peranti Snapdragon 801 yang menerima kemaskini ini secara rasmi dari pengeluar.
Fairphone 2 ketika dilancarkan, ia menjalankan Android 5.1 Lollipop. Agak lewat untuk menerima Android Nougat, kerana sistem operasi ini boleh dikatakan sudah lapuk dan sudah pun dua generasi ke belakang. Tetapi, sekurang-kurangnya – Fairphone masih menjaga kemaskini buat peranti ini. Dari segi prestasi, sukar untuk dikatakan jika ia akan memberi pengalaman penggunaan yang baik – kerana Snapdragon 801 adalah cip 32-bit yang tidak lagi efisyen.
Tetapi, menjadikan Fairphone 2 tarikan adalah syarikat ini akan dikitar semula jika sudah tidak digunakan. Tujuannya adalah untuk menjaga alam sekitar. Tahun lepas, laporan mesra alam Greenpeace – Fariphone dianugerahkan mempunyai gred mesra alam yang terbaik.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.