Deruman enjin motosikal Harley Davidson boleh dikenali sebelum anda dapat melihatnya. Ia sungguh ikonik sehingga dijadikan bunyi asas untuk kenderaan pod Sebulba di dalam filem Star Wars. Di masa hadapan deruman agresif enjin motosikal Harley Davidson mungkin akan menjadi kenang-kenangan kerana mereka telah mula menghasilkan motosikal elektrik.
Harley Davidson Liverwire diperlihatkan di acara EICMA baru-baru ini. Ia adalah motosikal elektrik pertama mereka setelah menjalani proses ujian sejak 2014. Ia menggunakan motor satu motor elektrik yang dipasang pada bahagian tengah motosikal yang menggunakan kerangka aluminium. Motor elektrik ini disambung kepada sistem rantai ke roda belakang seperti motosikal konvensional. Deruman enjin kini digantikan dengan bunyi nada tinggi motor elektrik.
Sistem suspensi Show dipadankan dengan brek Brembo, ABS, alat kawalan cengkaman dan tayar Michelin menjanjikan tunggangan yang setanding dengan motosikal berenjin bahan api fosil keluaran Harley sebelum ini. Harley Davidson masih belum berkongsi kuasa kuda yang boleh dihasilkan oleh motor elektrik Livewire. Ini akan diumumkan apabila ia mula dijual pada tahun 2019.