Cari @ Amanz

Realme 1 Dan Realme 2 Akan Menerima Kemaskini Android Pie

Link Copied!

Semalam, Realme telah mengumumkan di mana peranti Realme 1, Realme 2 dan Realme C1 akan menerima kemaskini ColorOS 5.2 dan juga menerima kemaskini bulanan. Hari ini, melalui kicauan Realme India – mereka mengatakan Realme 1 dan Realme 2 akan menerima kemaskini Android Pie.

Walau bagaimanapun, mereka tidak memberikan sebarang informasi tambahan seperti changelog atau tarikh kemaskini ini akan diedarkan. Ia mungkin akan hadir dalam bentuk ColorOS yang baharu. Apa yang pasti kemaskini Android Pie buat Realme ini pasti akan mengambil masa sedikit lama. Ini kerana, kemaskini ColorOS Realme 2 Pro sendiri akan hadir selepas 20 November berserta dengan tampalan sekuriti November.

Bagi mereka yang sudah memiliki peranti Realme, ini adalah berita baik. Kerana peranti berharga mampu milik seperti ini, pengeluar menjaga kemaskininya. Ikuti Amanz untuk berita lanjut.


Komen ()