Netflix sebelum ini telah mengumumkan bakal hadir dengan pakej bulanan yang lebih mesra poket berbanding apa yang ditawarkan biasa. Kini selari dengannya, Netflix hari ini telah mula menawarkan pakej langganan bulanan pada harga RM17 sebulan untuk pengguna tempatan.
Pakej baru ini memfokuskan pengguna peranti mudah-alih sahaja, dan terhad untuk penggunaan satu skrin pada sesuatu masa. Pengguna yang melanggan pakej RM17 sebulan ini tidak boleh strim kandungan melalui komputer riba atau televisyen, dan terhad pada peranti mudah-alih.
Selain itu, kandungan yang ditawarkan juga pada resolusi SD, dan tidak menawarkan paparan resolusi HD.
Bagi anda yang berminat dengan pakej baru ini, boleh melayari laman Netflix hari ini, dan melanggan pakej baru ini. Pakej asas RM33 sebulan masih ditawarkan seperti biasa.