‘Night Sight’ Akhirnya Hadir Secara Rasmi Dan Stabil Untuk Semua Pengguna Google Pixel

‘Night Sight’ Akhirnya Hadir Secara Rasmi Dan Stabil Untuk Semua Pengguna Google Pixel

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Sewaktu Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL diumumkan, Google dengan bangga membandingkan hasil gambar yang diambil dalam keadaan kurang cahaya antara Pixel 3 dan iPhone XS. Hasil yang dapat dirakam oleh Pixel 3 dilihat memberangsangkan kerana hadirnya fungsi ‘Night Sight‘.

BacaUlasan: Google Pixel 3 XL Di Sini

Night Sight‘ adalah jawapan Google bagi menandingi mod malam Huawei. Tetapi fungsi ini tidak boleh digunakan sehingga hari ini. Akhirnya, sudah lebih satu bulan Pixel 3 dilancarkan – fungsi ini hadir secara rasmi dan stabil. Ia hadir dalam kemaskini aplikasi Google Camera versi v6.1.021.22094355.

Untukmenggunakan mod ini, pengguna hanya perlu tekan ‘More‘ > tekan ‘Night Sight‘ > ambil gambar > tunggu beberapa saat > kongsi dan lihat hasil yang menakjubkan.

Dengan kehadiran fungsi ini secara stabil, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna Pixel 3, tetapi juga pengguna Pixel 2. Akan datang, pasti para pembangun GCam akan menyertakan fungsi ‘Night Sight‘ berdasarkan aplikasi Google Camera yang stabil.

Muat Turun Google Camera Di Play Store

Muat Turun .APK Google Camera Di APK Mirror


TIPS & ULASAN