Cari @ Amanz

iPad Pro Baharu Mempunyai Masalah Tubuh Mudah Dilentur

Link Copied!

Empat tahun yang lalu, iPhone 6 mempunyai masalah di mana tubuhnya mudah melentur apabila dikenakan sedikit tekanan, Apple kemudian mengemaskini rekaan telefon ini bagi mengelakkan ia dari berulang, Sedikit merisaukan, masalah ini nampaknya muncul pula pada iPad Pro yang baru sahaja dilancarkan.

Video terkini dari JerryRigEverything menunjukkan tubuh tablet ini akan melentur dengan mudah sehingga hampir boleh dilipat sepenuhnya. Penggunaan bezel yang kecil dan wujudnya beberapa titik kelemahan pada lubang audio dan sambungan aksesori adalah penyebab mengapa ini berlaku. Oleh itu kepada mereka yang berminat untuk membeli iPad Pro, pembelian kerangka tahan lasak yang dapat mengukuhkan tubuh tablet adalah disarankan


Komen ()