Aplikasi Tumblr Ditarik Daripada Apple App Store

Aplikasi Tumblr Ditarik Daripada Apple App Store

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

Terdapat lebih 2 juta aplikasi boleh dimuat turun menerusi App Store. Jumlah ini berkurangan satu aplikasi pada hujung minggu lalu selepas Tumblr ditarik secara mengejut. Pada awalnya pengguna melaporkan mereka tidak boleh melakukan carian apabila mod carian selamat dinyahaktifkan. Apabila aplikasi dipadam untuk dimuat turun semula, aplikasi ini didapati tidak lagi tersenarai di App Store.

Pihak Tumblr mengesahkan mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah bagi mengembalikan semula aplikasi ke iOS. Tidak kenyataan rasmi diberikan mengapa Tumblr ditarik. Besar kemungkinan adalah kerana kandungan dewasa yang boleh dipaparkan di dalam aplikasi.

Sebelum ini Telegram turut ditarik dari App Store kerana kandungan pornografi kanak-kanak bawah umur. Ia hanya dikembalikan selepas pihak Telegram menapis kandungan tersebut.


TIPS & ULASAN