Cari @ Amanz

Lockheed Memulakan Pembinaan Pesawat Supersonik QueSST

Link Copied!

Pesawat penumpang supersonik Concorde sudah menghentikan operasi sejak tahun 2003. Kini terdapat usaha untuk mengembalikan semula pesawat penumpang supersonik kerana keperluan pengguna yang ingin tiba ke destinasi dengan lebih pantas. Untuk itu projek QueSST (Quiet Super Sonic Transport) dimulakan oleh NASA dan juga Lockheed  Martin sejak 2017.

Lockheed Martin telah mengumumkan pembinaan pesawat ujian teknologi supersonik X-59 telah dimulakan. Penghasilan komponen ini dilakukan di kilang Skunk Works yang juga menghasilkan pesawat SR-71 Blackbird pada tahun 1966. Pihak Lockheed mensasarkan X-59 akan melakukan penerbangan sulung pada tahun 2021.

Projek QueSST mensasarkan pesawat penumpang yang mampu terbang dengan kelajuan Mach 1.2 (1513 km/j) pada ketinggian 55,000 kaki (~16,700 meter) tetapi hanya menghasilkan bunyi pada kelantangan 75 dB. Sebagai perbandingan Concorde menghasilkan letusan sonik yang mencecah 200 dB apabila terbang pada kelajuan maksimum.


Komen ()