Cari @ Amanz

Pada majlis pelancaran Huawei Mate 20 Pro bulan lalu, demo sistem imbasan objek secara tiga dimensi dipertontonkan buat pertama kali. Menerusi sistem ini, objek yang di imbas kemudiannya boleh digunakan sebagai objek maya di dalam gambar dan melakukan animasi menerusi beberapa pratetapan terbina. Fungsi ini akhirnya dapat dinikmati pengguna Mate 20 Pro dengan memuat turun aplikasi menerusi Play Store.

Aplikasi 3D Live Maker menggunakan kamera tiga dimensi pada bahagian hadapan Mate 20 Pro untuk mengimbas objek. Objek sebesar 15-35 cm boleh di imbas oleh aplikasi ini. Selepas mencuba aplikasi ini, kami berpendapat ia lebih sukar digunakan berbanding 3D Creator yang hadir pada beberapa peranti Sony Xperia sebelum ini. Ini adalah kerana kamera hadapan digunakan dan sukar untuk melihat bahagian objek yang belum di imbas kerana skrin peranti juga di hadapan. Bagi yang ingin mencuba, sila ke pautan di bawah. Aplikasi ini boleh dimuat turun Mate 20 Pro dan Mate 20 RS sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd