Huawei Dilaporkan Akan Melancarkan Peranti Skrin Boleh Lipat 5G Di MWC 2019

Huawei Dilaporkan Akan Melancarkan Peranti Skrin Boleh Lipat 5G Di MWC 2019

Diterbitkan pada November 20, 2018 oleh .

Trend peranti pada tahun 2019 kelak ialah penggunaan skrin boleh lipat. Samsung telah memperlihatkan rekaan mereka beberapa minggu yang lalu dengan skrin Infinity Flex. Menurut laporan ETNews, Huawei akan melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat 5G mereka di acara MWC yang akan berlangsung pada Februari 2019 kelak.

Peranti sebenar telah diperlihatkan kepada wakil syarikat telekomunikasi di negara tersebut. Tiada maklumat sama ada ia mempunyai rekaan yang sama seperti imej konsep yang diperlihatkan di atas. Korea Selatan ialah antara negara pertama yang akan menerima peranti ini kerana sudah bersedia dengan rangkaian 5G.

Dari segi rekaan ia mempunyai skrin bersaiz 8-inci di dalam mod tablet dan 5-inci apabila dilipat yang dihasilkan oleh BOE. Ini adalah lebih besar berbanding skrin Infinity Flex yang sebesar 7.3-inci dalam mod tablet dan 4.58-inci apabila dilipat. Adalah pengguna memerlukan peranti dengan skrin boleh lipat? Ini ialah persoalan yang sukar dijawab. Suatu ketika dahulu tablet dan telefon dengan skrin sesentuh juga dikatakan tidak diperlukan pengguna tetapi nyata ramalan ini menyimpang sama sekali.


TIPS & ULASAN