Rekod dunia Guinness adalah yang paling dikenali ramai kerana rancangan TV yang ditayangkan sejak 1990an. Terdapat lebih daripada 40,000 rekod tercatat sejak 1951. Terkini Xiaomi juga menjadi pemegang rekod dunia Guinness selepas membuka 500 kedai jualan secara serentak di India.
We're proud to share the 3rd #Super3 BIG NEWS today! #OfficiallyAmazing, yet again! ?
We have opened 500+ new #MiStore across India simultaneously and have set a new Guinness World Record @GWR. pic.twitter.com/eG6vFUMvxN
— Mi India (@XiaomiIndia) November 20, 2018
Pembukaan kedai jualan ini ialah strategi Xiaomi untuk meningkatkan jualan di luar talian yang tahun lalu menunjukkan peningkatan 40 kali ganda. Mereka kini mempunyai perancangan membuka 5000 kedai jualan peranti di seluruh India menjelang penghujung 2019. Taktik jualan yang agresif ini menyebabkan mereka berjaya memintas Samsung sebagai pengeluar dengan pegangan pasaran tertinggi di India. Selain Xiaomi, OnePlus juga baru-baru ini mencatatkan rekod paling banyak melakukan nyah-kotak secara serentak.