Cari @ Amanz

Dua hari yang lalu aplikasi Tumblr telah dibuang dari Apple App Store. Tiada maklumat rasmi diberikan oleh pihak Apple ataupun Tumblr mengenai isu ini sehinggalah hari ini. Tumblr mengesahkan sebab utama aplikasi dikeluarkan adalah kerana penemuan pornografi kanak-kanak di dalam aplikasi.

Tumblr mempunyai pangkalan data yang menapis kandungan yang melanggar terma dan syarat perkhidmatan. Sistem ini biasanya mampu menapis kandungan seperti pornografi kanak-kanak tetapi ia tidak mampu menapis kesemuanya dan ia terlepas ke platform mereka. Oleh sebab ini aplikasi telah ditarik keluar dari App Store sejak 16 November.

Walaupun imej tersebut sudah ditapis, aplikasi Tumblr masih belum dikembalikan ke App Store. Ia walau bagaimanapun  masih boleh dimuat turun menerusi Google Play Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd