Akaun Microsoft Kini Boleh Dilog Masuk Tanpa Menggunakan Kata Laluan

Akaun Microsoft Kini Boleh Dilog Masuk Tanpa Menggunakan Kata Laluan

Diterbitkan pada November 21, 2018 oleh .

Kerana sebab sekuriti, adalah normal bagi pengguna untuk mempunyai kata laluan berlainan untuk setiap akaun berbeza. Tetapi harus diakui ini boleh menimbulkan kekeliruan dan masalah apabila pengguna lupa kata laluan yang digunakan. Oleh sebab itu penyelesaian yang digunakan adalah sistem biometri yang lebih selamat.

Sejak semalam pemegang akaun Microsoft boleh melog masuk tanpa menaip kata laluan. Mereka boleh memilih untuk menggunakan alat FIDO2 dan Windows Hello di dalam pelayar Mircosoft Edge. Dengan ini proses melog masuk menjadi lebih pantas dan selamat. Pengguna perlu terlebih dahulu melakukan kemas kini Windows untuk bulan Oktober. Apa yang dilakukan oleh Microsoft ini adalah mengikut standard WebAuthn yang diperkenalkan April tahun ini.


TIPS & ULASAN