Cari @ Amanz

Huawei akan melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka tahun hadapan dengan ura-ura ia diperlihatkan seawal Februari ketika acara MWC. Misteri mengenai nama yang bakal digunakan peranti ini kelak sedikit terjawab selepas Huawei memfailkan tanda dagang ke atas empat nama.

Nama tersebut ialah Mate F, Mate Flex, Mate Flexi dan Mate Fold. Dokumen yang difailkan oleh Huawei ini ditemui oleh laman Android Headlines. Ia juga mungkin petunjuk bahawa peranti skrin boleh lipat ini hanya akan diperkenalkan pada suku ke-tiga 2019 kerana ia adalah waktu biasa peranti Mate baharu dilancarkan.

Adalah masuk akal peranti Mate adalah yang pertama hadir dengan fungsi ini kerana ia hadir dengan skrin lebih besar berbanding peranti siri P. Tahun ini Mate 20 X hadir dengan skrin gergasi 7.2 inci. Ura-ura yang didengari ialah skrin boleh lipat Huawei mempunyai skrin 8-inci dalam mod tablet dan 5-inci dalam mod lipat kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd