Carian
iPhone XR Ditawarkan Pada Harga Serendah RM 887 Di Jepun
November 27, 2018 Effi Saharudin

Mahukan iPhone XR pada harga amat mampu milik? Anda perlu terbang ke Jepun untuk membeli iPhone XR 64GB pada harga serendah 24,000 Yen (~RM 887) sebuah dengan kontrak 24 bulan bersama NTT DoCoMo. Sebelum ini NTT Docomo menawarkan peranti yang sama dengan kontrak pada harga 36,000 Yen (~RM 1331).

Apple iPhone XRPengguna hanya perlu membayar 2457 Yen (~RM 91) sebulan sepanjang tempoh kontrak. Potongan harga yang diberikan ini adalah yang paling awal diberikan pada iPhone yang hanya baru tiga bulan dipasarkan di Jepun. Ia diharap dapat meningkatkan jualan iPhone XR yang lebih rendah dari jangkaan Apple.

Jepun ialah pasaran iPhone keempat terbesar di dunia dengan 70% pegangan pasaran telefon pintar. Sungguhpun begitu pengguna di Jepun didapati lebih berminat membeli iPhone 8 dan 8 Plus sejak iPhone XS, XS serta XS Max dilancarkan.

Komen