Cari @ Amanz

Ingat lagi dengan Google Glass? Ia adalah cermin mata pintar yang dihasilkan oleh Google sebagai produk peranti boleh pakai. Kali terakhir kami laporkan mengenai Google Glass adalah pada tahun lepas – di mana Google hanya akan fokus pada arena perusahaan. Kini, maklumat mengenai Google Glass Enterprise Edition 2 telah kelihatan.

Maklumat ini mula kelihatan pada awal bulan selepas satu dokumen mengenainya difailkan di FCC. Maklumat terbaru adalah daripada Geekbench yang memberitahu serba sedikit spesifikasi Google Glass terbaru ini. Ia dijana dengan Snapdragon 710, menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan memori 2GB RAM. Di laman Geekbench ini, ia memperlihatkan pemprosessannya hanya empat-teras – Google mungkin menggunakan Snapdragon 710 yang diubahsuai. Kerana cip ini adalah cip lapan-teras.

Itu sahaja maklumat yang didapati, tetapi dengan janaan Snapdragon 710 – cip ini menyokong Bluetooth 5.0, kamera sehingga 32 megapixel dan rakaman video sehingga 4K. Jadi salah satu daripada ini mungkin akan diintegrasi dalam Google Glass Enterprise Edition 2 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd