Cari @ Amanz

Nokia akan mengadakan acara pelancaran peranti misteri pada bulan Disember kelak. Ura-ura mengatakan antara yang bakal dilancarkan ialah Nokia 8.1. Hari ini rekaan serta spesifikasi peranti ini bukan lagi misteri selepas ia tertiris sepenuhnya.

Seperti dijangka Nokia 8.1 hanyalah penjenamaan semula Nokia X7 yang telah dilancarkan di China pada pertengahan Oktober lalu. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.18-inci FHD+ bertakuk, dijana cip Snapdragon 710, memori 4/6 GB RAM dan storan 64/128 GB.

 

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 13MP. Telefon pintar ini turut menyertakan lensa berjenama ZEISS, selain sokongan penstabilan imej optikal. Untuk rakaman swafoto, Nokia X7 menyertakan kamera 20-Megapixel di hadapan. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3500mAh, pengimbas cap jari di belakang, dan juga mengekalkan bicu audio 3.5mm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd