Cari @ Amanz

WeChat Pay Kini Boleh Digunakan Di Petron – Bayar Pembelian Minyak Secara Nirtunai

Oleh Aman

Link Copied!

Petron Malaysia dan WeChat Pay hari ini telah mengumumkan kerjasama rasmi, sekaligus membolehkan Petron seluruh negara untuk menerima pembayaran melalui WeChat Pay. Pengenalan kaedah penerimaan pembayaran melalui WeChat Pay ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada semua stesen minyak Petron di Malaysia. Buat masa ini, kaedah pembayaran menggunakan WeChat Pay ini dikatakan telah dilaksanakan pada hampir 200 stesen minyak Petron.

Dengan pengenalan ini juga, ia memudahkan pengguna untuk membuat transaksi pembelian minyak dan barangan di stesen minyak Petron secara nirtunai.

WeChat Pay

Berbeza dengan penawaran pihak Petronas melalui Setel, untuk kerjasama WeChat Pay bersama Petron ini, transaksi berlaku di kedai, dimana anda perlu mengimbas dompet digital WeChat anda di kaunter untuk pembayaran – lebih kurang sama seperti implementasi WeChat Pay pada peruncit yang lain.

Dengan perkembangan ini juga, kita mungkin akan dapat melihat WeChat Pay terus diperluaskan untuk menyokong pelbagai peruncit lain secara berperingkat.


Komen ()