Carian
Honor Mensasarkan Menjadi Lima Pengeluar Peranti Terbesar Dunia Dalam Masa Tiga Tahun
November 30, 2018 Effi Saharudin

Honor ialah subjenama Huawei yang dilancarkan untuk jualan di atas talian. Sejak kebelakangan Honor mula dikenali sebagai peranti yang mempunyai kemampuan setanding peranti Huawei tetapi dijual pada harga yang lebih mampu milik. Malahan di China terdapat laporan jualan Honor melangkaui Huawei pada suku ketiga 2018.

Sebentar tadi kami sempat menemuramah George Zhao, yang merupakan presiden Honor. Beliau berkongsi mengenai masa depan serta strategi syarikat beliau dalam masa terdekat. Paling menarik sekali Honor kini mensasarkan menjadi antara lima pengeluar peranti terbesar dunia dalam masa lima tahun. Sasaran ini dipercayai dapat dicapai kerana dalam 10 bulan pertama 2018, Honor telah mencatatkan peningkatan jualan 150% berbanding 2017.

Komen