Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lepas, Apple telah mengumumkan yang mana mereka meminta maaf kerana memperlahankan peranti disebabkan masalah prestasi bateri yang lama, dan turut menawarkan diskaun untuk pertukaran bateri iPhone 6 dan terkini.

Harga diskaun ini telah diimplementasikan sejak daripada awal tahun 2018 ini, dan ia akan berakhir pada penghujung tahun ini – iaitu dalam masa kurang sebulan lagi.

Sekiranya anda merupakan pengguna peranti iPhone 6 dan terkini, serta berhasrat untuk membuat perubahan bateri pada peranti anda, mungkin kini adalah masanya – sebelum harga pertukaran bateri dinaikkan bermula tahun 2019 kelak.

Program diskaun untuk pertukaran bateri ini meliputi model iPhone SE, iPhone 6, dan terkini pada harga bermula RM129. Bagi anda yang berhasrat untuk membuat pertukaran bateri anda, mungkin boleh lakukannya di pengedar rasmi Apple sebelum harga dinaikkan kembali ke harga asal yang melangkaui RM300.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd