Desas-desus dan info berkenaan Vivo Nex 2 telah pun kedengaran sejak beberapa minggu sebelum ini. Kini, pengeluar dari China berkenaan dilihat telah pun hadir dengan gambar acah untuk telefon pintar terbaru berkenaan – sekaligus mengesahkan penggunaan dwi-skrin padanya.
Vivo NEX 2 dilihat akan menyertakan sokongan skrin menyeluruh dihadapan, dan menggunakan skrin kedua-dibelakang. Ini sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar swafoto menggunakan kamera belakang melalui skrin kedua – dan tidak perlu menyertakan sebarang takuk untuk penyertaan kamera hadapan.
Disamping itu, telefon pintar ini juga dikatakan mungkin hadir dengan pilihan memori sehingga 10GB RAM.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Dengan kehadiran video acah baru ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak info berkaitan dengan peranti ini dikongsikan dalam masa terdekat ini.