Cari @ Amanz

Rekaan Vivo NEX 2 Tertiris Memperlihatkan Dwi-Skrin Dan Tri-Kamera Utama

Link Copied!

Vivo NEX dilancarkan tahun ini dengan rekaan hampir semua skrin pada bahagian hadapan dan sistem periskop melungsur untuk kamera swafoto. Ia adalah peranti terawal yang bukan sahaja menggunakan rekaan ini malah dilengkapi pengimbas cap jari dalam bawah skrin. Rekaan peranti kemas kini Vivo NEX 2 telah tertiris ke arena web dengan sebuah lagi inovasi rekaan menarik.

Ia dilengkapi dwi-skrin dan tri-kamera pada bahagian belakang. Skrin hadapan mempunyai nisbah memanjang 18:9 manakala skrin belakang pula mempunyai nisbah skrin 16:9. Peranti ini berkemungkinan besar dilengkapi pemproses Snapdragon 845 dan memori sehingga 8GB RAM. Sistem dwi-skrin ini telahpun dipelopori terlebih dahulu oleh Nubia X yang diumumkan awal bulan ini.


Komen ()