Rangkaian 5G ialah teknologi yang kini sedang pesat dibangunkan. Ia dipercayai akan menjadi pemangkin kepada ekonomi digital, revolusi industri 4.0 dan memperkasakan peranti berhubung. Korea Selatan menjadi negara pertama yang melancarkan rangkaian 5G komersial di dunia Sabtu lalu Ketika majlis pelancaran, panggilan video pertama menerusi rangkaian 5G komersial telah dilakukan menggunakan sebuah peranti Samsung.
Tidak diketahui apakah model yang digunakan kerana kerangka khas digunakan untuk menyorokkan rekaan peranti. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah Galaxy Note 9 yang diubahsuai. Panggilan pertama ini menggunakan perkhidmatan SK Telecom. Peranti Samsung digunakan kerana SK Telecom kerana kerjasama yang rapat diantara dua syarikat ini. Umum diketahui Samsung Galaxy S10 kelak akan hadir dengan versi 5G. Pada hari yang sama syarikat KT dan LG Uplus LG Uplus juga melancarkan rangkaian 5G mereka.
Buat masa ini perkhidmatan 5G hanya ditawarkan kepada pengguna perniagaan dengan perkhidmatan untuk awam akan bermula Mac 2019. Korea sudah memulakan perkhidmatan 5G dan ini akan membuatkan mereka semakin ke hadapan dari segi penawaran kelajuan Internet selular dunia.