Carian
Senarai 10 Selebriti YouTube Terkaya 2018 Diumumkan Oleh Forbes – Ryan ToysReview Terkaya Dengan Pendapatan Hampir RM100 Juta
December 4, 2018 Effi Saharudin

Senarai 10 selebriti terkaya YouTube 2018 menurut Forbes telah diumumkan semalam. Sekali lagi gelaran YouTuber terkaya berpindah tangan dan tahun ini ia ialah Ryan ToysReview yang menjana pendapatan mencecah $22 juta (~RM 91.5 juta). Kejayaan Ryan ini amat menakjubkan kerana beliau hanya seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dan mula menghasilkan video YouTube tiga tahun yang lalu. Tahun lalu beliau di tangga ke lapan dengan pendapatan hanya $11 juta.

Beliau diikuti oleh Jake Paul ($21.5 juta), Dude Perfect ($20 juta), DanTDM ($18.5 juta) dan Jeffree Star ($18 juta). Kesemua selebriti terkaya di YouTube ini mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding senarai tahun 2017. Kerana peluang pendapatan yang tinggi, kami tidak akan terkejut jika tahun hadapan akan ada pergerakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi wang menerusi YouTube.

 Senarai 10 Selebriti YouTuber Terkaya 2018

1.Ryan ToysReview $22 Juta (~RM 91.5 Juta)

2.Jake Paul $21.5 Juta (~RM 89,5 Juta)

3.Dude Perfect $20 Juta (~RM 83 Juta)

4.DanTDM $18.5 Juta (~RM 77 Juta)

5.Jeffree Star $18 Juta (~RM 74.9 Juta)

6.Markiplier $17.5 Juta (~RM 72.8 Juta)

7.Vanoss Gaming $17 Juta (~RM 70.7 Juta)

8 Jacksepticeye $16 Juta (~RM 66.6 Juta)

9.PewDiePie $15.5 Juta (~RM 64.5 Juta)

10.Logan Paul $14.5 Juta (~RM 60.3 Juta)

Komen