Carian
Honor Menjadualkan Pengenalan Telefon Dengan Skrin Berlubang Pada Januari 2019
December 5, 2018 Aman

Honor hari ini telah berkongsi gambar acah, memperlihatkan mereka akan memperkenalkan telefon dengan skrin berlubang pada 22 Januari 2019 kelak. Berkemungkinan peranti yang bakal dilancarkan ini adalah Honor View 11.

Honor View 11

Telefon pintar ini akan menggunakan rekaan skrin penuh dihadapan, dan dilengkapi kamera yang diperlihatkan melalui lubang pada skrin – sekaligus menjadikan ia alternatif untuk penggunaan takuk.

Pihak Honor juga menjanjikan ia bakal membawakan kualiti gambar yang cantik melaluinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung Januari 2019 kelak untuk melihat pelancaran rasmi telefon pintar ini. Berkemungkinan kita akan mendapat idea awal berkenaan dengannya melalui pelancaran Nova 4 pada minggu hadapan.

https://twitter.com/bhavis/status/1070257899954294784

Komen