Cari @ Amanz

Apple Mula Menjual Pengecas Pantas 18W Di Malaysia Pada Harga RM149

Link Copied!

Pengecasan pantas disokong oleh iPhone X, XS, XS Max, XR, iPad Pro 12.9 dan iPad Pro 11. Namun pengecas pantas 18W hanya disertakan dengan pembelian dua model iPad Pro baharu. Berita baik hari ini ialah pengecas pantas 18W ini sudah mula dijual secara berasingan di Malaysia.

Kepada yang berminat ia dijual pada harga RM149 sebuah. Namun anda perlu membayar RM 149 untuk membeli kabel USB-C ke Lightning yang tidak disertakan dengan pembelian pengecas. Untuk menikmati pengecasan pantas pada peranti-peranti Apple yang menyokongnya, anda perlu membayar RM 298.


Komen ()