Cari @ Amanz

Pagi ini ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou telah ditahan di Vancouver Kanada. Penahanan beliau dilakukan bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat kerana Huawei dituduh menjual teknologi kepada Iran. Negara Iran kini sedang disekat dari mengimport atau menggunakan teknologi oleh PBB.

Penahanan Meng Wangzhou pastinya menimbulkan kemarahan Huawei kerana beliau juga merupakan anak kepada pengasas mereka Ren Zhengfei. Kerajaan China dengan pantas memprotes penahanan beliau dan meminta kerajaan Kanada dan Amerika Syarikat untuk membebaskan beliau. Insiden terkini ini akan menegangkan lagi hubungan di antara Washington dan Beijing kerana perbalahan mengenai tarif serta sekatan perdagangan di bawah kerajaan Donald Trump. Huwei turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan mereka tidak melanggar sebarang undang-undang antarabangsa dan memenuhi peratusan perdagangan EU, US dan PBB.

Awal tahun ini, ZTE didenda RM 6.8 bilion kerana didapati bersalah menjual teknologi telekomunikasi kepada Korea Utara. Mereka telah dihalang dari melakukan sebarang pengimportan teknologi dari A.S sehingga di ambang menghentikan operasi. Kerajaan A.S kemudian hanya membenarkan ZTE beroperasi semula dengan membayar denda, menggantikan barisan lembaga pengarah dan bersetuju meletakkan pemantau dari A.S di dalam syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd