Apple MacBook Air Baharu Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM5249

Apple MacBook Air Baharu Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM5249

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Apple MacBook Air generasi terbaru diumumkan pada penghujung bulan Oktober lalu. Selepas lebih sebulan, ia akhirnya dijual di Malaysia hari ini pada harga bermula RM5249.Ini ialah model dengan pemproses Intel Core-i5 generasi kelapan, memori sebesar 8GB RAM dan storan 128GB SSD.

Ia turut ditawarkan pada harga RM11,229 dengan memori sebesar 16GB RAM dan storan 1.5TB SSD. MacBook Air generasi baru ini turut hadir dengan skrin 13″ Retina Display, sistem pengimbas cap jari Touch ID dan dua port USB-C Thunderbolt. Turut disertakan ialah pad sesentuh dengan sistem timbal balas haptik Force Touch.

Papan kekunci juga menggunakan rekaan suis rama-rama generasi terkini. Ia adalah model kemaskini yang sudah lama dinantikan pengguna kerana akhirnya mempunyai rekaan yang sama dengan MacBook Pro yang lebih berkuasa.


TIPS & ULASAN