Rangkaian 5G nampaknya adalah sasaran ramai pengeluar peranti dan para pengeluar cip pemprosessan. Semalam Qualcomm telah pun lancarkan Snapdragon 855 yang mempunyai sokongan 5G terbina. Hari ini, MediaTek mengumumkan modem 5G mereka tersendiri – Helio M70.
Modem 5G MediaTek ini menyokong band frekuensi 6GHz dan kadar kelajuan data sehingga 5Gbps. Modem ini turut menyokong dwi-sambungan LTE dan 5G dan jika kawasan itu tidak mempunyai 5G, ia turut menyokong rangkaian 4G dan ke bawah. Modem Helio M70 ini turut mempunyai kelebihan penjimatan kuasa, bersaiz kecil untuk peranti bersaiz kompak dan juga penggunaan tenaga yang lebih efisyen.
MediaTek turut bekerjasama dengan China Mobile, Huawei, NOKIA dan NTT DOCOMO untuk menjayakan penghasilan modem 5G Helio M70 ini. MediaTek mengatakan modem ini akan diedarkan pada pertengahan tahun 2019 (2H19).