Carian
Honor Memulakan Langkah Ke Era Seterusnya Dengan Pengenalan Logo Baru
December 11, 2018 Aman

HonorHonor, salah satu sub-jenama Huawei, hari ini mengumumkan pengenalan logo serba baru – selari dengan ulang-tahun kelima jenama berkenaan. Langkah ini sekaligus memperlihatkan peralihan jenama berkenaan ke arah lebih matang, selain pada masa yang sama menjadi langkah pertama Honor dalam menjadi lima jenama terkemuka dunia dalam tempoh lima tahun lagi.

Perubahan besar pada logo baru ini adalah penggunaan aksara besar pada keseluruhan logo – menggantikan penggunaan huruf kecil pada logo sebelum ini. Selain daripada itu, ia juga menggunakan muka taip yang lebih mudah dibaca dan tidak terpotong seperti logo sebelum ini.

Honor turut menggunakan warna campuran pada logo mereka, sekaligus menjadikan logo baru ini lebih ceria dan mesra belia berbanding dengan logo sebelum ini.

Kita mungkin akan dapat melihat penggunaan logo baru ini dalam produk baru mereka bermula 2019 ini, termasuk pada Honor View20 baru.

Komen