Disney Memperlihatkan Patung Animatronik Yang Bergerak Seakan Hidup

Disney Memperlihatkan Patung Animatronik Yang Bergerak Seakan Hidup

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Syarikat Disney terkenal dengan filem-filem animasinya. Sejak mengambil alih Pixar dan Marvel, ia kini menjadi kuasa besar animasi 3D dan filem adi wira blokbuster. Bagi peminat Disney, melawat taman tema mereka ialah sesuatu yang amat didambakan. Sesuai dengan peredaran waktu, sistem patung animatronik yang digunakan di pelbagai tarikan taman kini dikemaskini untuk kelihatan lebih hidup.

Tarikan Beauty and The Beast akan dibuka di Disneyland Tokyo pada tahun 2020. Ia bakal dilengkapi patung animatronik yang canggih kerana ia kelihatan lebih hidup. Pergerakannya patung Belle dan Philippe misalnya jauh lebih lancar seperti watak animasi ia diasaskan. Sendi animatronik yang digunakan juga tidak kelihatan membuatkannya kelihatan semakin hidup.

Ini bukan satu-satunya projek animatronik yang dibangunkan mereka. Mereka turut telah memperlihatkan animatronik yang mampu melakukan aksi lagak ngeri bahaya bagi menggantikan pelagak ngeri manusia untuk tarikan taman tema mereka.


TIPS & ULASAN