Dalam peranti Samsung, terdapat satu fungsi yang dinamakan ‘Download Booster‘. Fungsi ini menggabungkan penggunaan WiFi dan Data untuk sambungan internet yang lebih pantas. Jika sistem mengesan data lebih laju daripada WiFi, data akan digunakan dan WiFi akan dimatikan sementara. Terkini, Honor dilihat hadir dengan teknologi yang hampir sama melalui ‘Link Turbo‘
Check out how Link Turbo works👇 #HONORView20 #HONORArtology pic.twitter.com/AHSMzo0dIt
— HONOR (@Honorglobal) December 10, 2018
‘Link Turbo’ daripada Honor ini turut mempunyai fungsi yang sama seakan ‘Download Booster’. Ia akan mengesan sumber kelajuan internet yang mana lebih pantas dan efisyen untuk digunakan sama ada WiFi atau 4G dan akan memilih salah satu untuk tujuan sambungan internet. Selain itu, ia turut boleh menggabungkan dua-dua jenis sambungan internet untuk pengalaman yang lebih baik.
Honor mengatakan, sistem kecerdasan buatan yang sedia terbina dalam peranti Honor turut akan membantu fungsi ini. Secara tidak langsung, peralihan antara WiFi dan 4G akan menjadi lancar. Fungsi ini akan hadir buat Honor Magic 2 dan Honor V20 terlebih dahulu.