CFO Huawei Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM30 Juta Tetapi Tidak Boleh Meninggalkan Kanada

CFO Huawei Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM30 Juta Tetapi Tidak Boleh Meninggalkan Kanada

Diterbitkan pada Dis 12, 2018 oleh .

Minggu lalu ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou telah ditahan di Vancouver Kanada. Penahanan beliau dilakukan bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat yang mempunyai waran tangkap ke atas beliau kerana dituduh terbabit dalam penjualan teknologi kepada Iran. Negara Iran kini sedang disekat dari mengimport atau menggunakan teknologi oleh A.S

Meng Wanzhou telahpun dibebaskan dengan ikat jamin CAD 10 juta (~RM 30 juta) dengan syarat beliau tidak boleh meninggalkan Kanada. Beliau perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada pihak berkuasa, memakai gelang menjejak GPS dan diiringi anggota keselamatan yang sentiasa memantau pergerakan beliau.

Di dalam pendengaran kes yang berlaku awal minggu ini, Huawei menerusi Meng Wanzhou dituduh menggunakan syarikat Skycom yang berpangkalan di Hong Kong untuk berurusan dengan Iran. Penahanan Meng Wanzhou menerima bantahan dari Beijing yang menuntut beliau dibebaskan segera.

Beliau kini sedang menanti di ekstradisi ke Amerika Syarikat. Menurut laporan Reuters Presiden Trump sedia campur tangan di dalam kes melibatkan Jabatan Kehakiman A.S ini bagi membolehkan perjanjian perdagangan ditandatangani oleh Beijing dan Washington serta ia boleh menjaga kepentingan keselamatan negara.


TIPS & ULASAN