Cari @ Amanz

Pawagam GSC Akan Menggunakan Teknologi ScreenX Yang Menyokong Paparan Skrin 270 Darjah

Link Copied!

Kamera filem pertama dipatenkan pada tahun 1889 dan selepas lebih seratus tahun, pelbagai lagi teknologi baharu diperkenalkan bagi memancarkan filem ke skrin. Di Malaysia teknologi terkini ScreenX bakal diperkenalkan di rangkaian pawagam GSC pada tahun 2019.

Menerusi teknologi ScreenX, filem yang ditonton dipancarkan ke tiga skrin secara serentak. Satu di hadapan dan dua di sisi. Dengan ini pelanggan GSC akan terasa seperti mereka berada di dalam filem yang ditonton. Pihak GSC mengesahkan lokasi pertama teknologi ScreenX akan diperkenalkan ialah di panggung mereka di One Utama.

Selain penggunaan teknologi ScreenX, GSC turut mempelopori penggunaan skrin LED Samsung Cinem aScreen pada April yang lalu di GSC Mid Valley.


Komen ()