Cari @ Amanz

Ketika majlis pelancaran Samsung Galaxy A8s tempoh hari, Samsung mengumumkan kerjasama dengan jenama pakaian terkemuka Supreme. Kerjasama ini kemudian menerima kritikan hebat kerana ia dilakukan bersama jenama Supreme Itali bukannya Supreme NY. Supreme Itali adalah jenama “palsu” yang menggunakan tanda dagang Supreme yang tidak difailkan oleh Supreme NY di beberapa pasaran tertentu.

Peminat jenama Supreme asal di China memberikan reaksi paling negatif kerana terasa seperti diri mereka telah dibohongi. Kerana kritikan yang semakin banyak diterima, Samsung  telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menilai semula kerjasama mereka dengan Supreme Itali. Mereka turut menyesali sebarang kesulitan yang berlaku akibat pengumuman kerjasama ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd