MediaTek Melancarkan Cip Pemproses Helio P90 – Prestasi Dikatakan Setaraf Snapdragon 845

MediaTek Melancarkan Cip Pemproses Helio P90 – Prestasi Dikatakan Setaraf Snapdragon 845

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

MediaTek sedia terkenal dengan cip pemprosesan Helio mereka. Ia adalah cip pemprosesan untuk peranti kelas pertengahan. Sebelum ini, mereka telah hadir dengan modem 5G mereka Helio M70. Terkini, mereka telah lancarkan Helio P90 – iaitu cip pemproses terbaru mereka yang memfokuskan kecerdasan buatan.

Helio P90 adalah cip dengan binaan yang sedikit lama iaitu 12nm, mempunyai lapan teras; dwi-teras ARM Cortex A75 2.2GHz dan enam teras ARM Cortex A55 2.0GHz dan menggunakan GPU PowerVR GM 9949. Menurut MediaTek, ia mempunyai prestasi empat kali lebih pantas prestasi kecerdasan buatan. Helio P90 turut menyokong RAM sehingga 8GB, storan jenis UFS 2.1, satu lensa 48-megapixel atau tetapan dwi-lensa 24+16 megapixel dan resolusi skrin FHD+ dengan nisbah 21:9.

Untuk prestasi kecerdasan buatan, MediaTek menggunakan APU 2.0 di mana ia akan mengesan kandungan atau aplikasi yang dibuka pada peranti seperti video atau permua dan prestasinya akan dioptimasikan. Fungsi kecerdasan buatan pada Helio P90 ini juga mampu menstabilkan rakaman untuk panggilan video. Untuk rangkaian, WiFi masih menggunakan teknologi laman Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, sokongan dwi-VoLTE dan sokongan ViLTE.

Mengejutkan, MediaTek mengatakan prestasi Helio P90 adalah setaraf Snapdragon 845 dan hanya sedikit rendah berbanding Snapdragon 855. Cip Helio P90 akan menguasakan peranti kelas pertengahan bermula suku pertama tahun 2019.


TIPS & ULASAN