Carian
Tumblr Kembali Ke Apple App Store Selepas Digantung Kerana Kandungan Lucah Tempoh Hari
December 14, 2018 Aman

Salah satu aplikasi perkhidmatan blog-mikro yang popular adalah Tumblr. Sebelum ini, Apple telah mengantung sementara aplikasi berkenaan daripada App Store untuk iPhone, disebabkan oleh kandungan lucah melibatkan kanak-kanak yang terdapat pada perkhidmatan berkenaan.


Sejak daripada itu, Tumblr telah membuat beberapa perubahan pada perkhidmatan mereka – termasuk mengumumkan yang mana mereka akan menghalang kandungan lucah pada platform mereka bermula 17 Disember 2018 ini.

Kini, lanjutan daripadanya, aplikasi Tumblr kembali ditawarkan semula melalui App Store – membolehkan pengguna iPhone memuat-turun dan mengemaskininya dengan mudah. Hal ini sekaligus memperlihatkan Tumblr mungkin telah mengatasi masalah kandungan lucah melibatkan kanak-kanak pada platform mereka.

Komen