Carian
Samsung Galaxy S10 Dilaporkan Menyokong Sistem Mengecas Peranti Lain Secara Nirwayar Seperti Mate 20 Pro
December 15, 2018 Effi Saharudin

Menerusi Mate 20 Pro, Huawei memperkenalkan sistem pengecasan peranti lain secara nirwayar. Ini membolehkannya menjadi powerbank kepada fon telinga nirwayar atau membantu rakan yang sedang kehabisan bateri. Menurut laporan Sammobile pagi ini, Samsung Galaxy S10 turut akan mempunyai sistem pengecasan yang sama.

Pada peranti Samsung ia akan dikenali sebagai sistem Powershare. Pengenalan sistem ini pada peranti Samsung adalah langkah yang menarik kerana ia membolehkan jam tangan pintar Galaxy Watch dicas semula menggunakan Galaxy S10. Pada waktu yang sama kami melaporkan sebelum ini mereka turut sedang membangunkan fon telinga nirwayar Samsung Buds yang mungkin turut boleh dicas semula menerusi Powershare.

Komen