Adakah Samsung akan melancarkan fon telinga nirwayar baharu dengan Galaxy S10 kelak? Ini ialah spekulasi terkini selepas mereka memfailkan permohonan tanda dagang untuk Samsung Buds di Eropah menerusi European Union Intellectual Property Office (EUIPO). Terdapat kemungkinan ini akan berlaku kerana Google Pixel Buds dan Huawei Freebuds adalah dua fon telinga nirwayar yang sudah dilancarkan sebelum ini.
Sebelum ini Samsung ada melancarkan fon telinga Gear IconX tetapi kurang mendapat sambutan kerana hayat penggunaan yang pendek. Dengan Samsung Buds, mungkin sokongan pembantu maya Bixby akan disertakan. Tambahan lagi Gear IconX sudah lebih setahun dilancarkan tanpa model baharu.