Samsung Memperlihatkan Video Fungsi-Fungsi Menarik Antaramuka One UI
Effi Saharudin
Pelancar One UI diperkenalkan sekitar sebulan yang lalu bagi menggantikan antaramuka Samsung Experience yang digunakan sejak dua tahun yang lalu. Ia akan digunakan pada peranti yang menggunakan sistem operasi Android Pie kelak. Hari ini Samsung akhirnya berkongsi sebuah video pendek menunjukkan kesemua pembaharuan pada antaramuka dan fungsi One UI.
https://www.youtube.com/watch?v=X3LVk0i6bY4
Antara perkara menarik yang diperlihatkan ialah perubahan ikon, susunan menu, kemas kini reka huruf dan juga mod malam. Menerusi One UI, peranti akan menjadi lebih mudah digunakan dengan sebelah tangan dengan rekaan yang lebih minimalis selari dengan Android Asli. One UI setakat ini sedang menjalani ujian beta pada Galaxy S9 dan Note 9 pada pasaran tertentu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.